Jumaat, 28 Disember 2012

28 Disember 2012... selamat tutup pintu 2012

salam. semua...

hari ini jumaat lagi.... dan hari kedua terakhir sebelum fcpo menutup tirai 2012....
sebelum aku cite pasal fcpo.. aku nak kongsi pasal sunnah nabi sikit.. untuk panduan kita semua
ni aku senaraikan...


7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Rabu, 26 Disember 2012

26 disember 2012. elliot wave ...

salam,
selamat sambung cuti kepada mereka yang nak habiskan cuti tahunan....

nampaknya fcpo tidak begitu aktif hari isnin lepas.. kesan dari cuti krismat yg disambut...
walau apa pon. hidup kena teruskan.. trading jangan ditinggal tinggal kan
nanti bila dah lama tinggal.. otak pon jadi beku.. dah lupa sejarah turun naik harga..
naya nak kena revisit balik...

Isnin, 24 Disember 2012

24 Disember 2012 ...cuti lagi daaa

salam.

hari jumaat minggu lepas.. aku terlepas peluang la pulak..
bila market open je masa kul 10.30 aku amik Q kat 2320...  masa tu current price 2328.. haiya lepas aku q.. aku tinggal sekejap.. mak aih.. cepat nye dia naik..
dahla order aku tak kena.. naik memancut la pulak.. nasib badan la..
tak dapat rezeki.. level ni yg aku tunggu nak masuk....sayang seribu kali sayang
apa apa pon sebab kepala dah set nak cuti.. dalam mood cuti.. takpe la..
tak masuk pon tak apa... masih ada rezeki esok hari..
januari ada lagi... sabor aje..

Jumaat, 21 Disember 2012

21 Disember 2012 .. Status : takde mood nak trade

salam. jumaat semua.
alhamdulillah.. bertemu lagi kita hari jumaat pada minggu ini.. syukur masih ada peluang untuk bertaubat dan beramal..

semalam.. fcpo cecah juga level 2300 yang aku jangkakan sebelum ini.. terbaekla cpo...

Khamis, 20 Disember 2012

20 Disember 2012.. GAp down lagi

salam..

semalam aku dah tutup posisi sell aku..  tutup kat 2323.. syukurla .. dpt la 25pts... asal ABU... jalan saja
bile market open semalam . aku dah siap siap Q buy kat 2305.. tapi nasib tak menyebelahi,, harga terendah yang dibuat semalam 2313 aje,, tak la jauh sgt,, tapi sebab dia dah taknak pergi lagi. nak buat macamana,,,

kalau ikut hati. memang nak hold lagi.. tetapi sebabkan semalam hari terakhir utk T+3, terpaksa la aku tutup. iya la,, margin aku tak cukup min utk overnight..

Rabu, 19 Disember 2012

19 Disember 2012 Syukur Syukur.. alhamdulillah

Salam,

apa aku kongsi hari ini ya,, baik lah.. aku nak cite pasal rezeki la ya... rezeki pemberian allah ini luas..
rezeki tak semestinya dalam bentuk wang kertas.. selalunya kita tersalah anggap,.,, dan selalu menganggap wang itu rezeki sebenar,, tanpa wang hidup jadi tak keruan,,, aku rasa ini perlu diperbetulkan.. tanggapan kita semua., rezeki ni meliputi,,, sihat.. tak sakit,,, boleh makan.., boleh berjalan.. boleh bekerja.. boleh trading..boleh buat analisis.. tak pening kepala. boleh bernafas,, tiada perang,., tiada di bom,,  ini semua adalah rezeki.. yang penting kita perlu bersyukur...

Selasa, 18 Disember 2012

18 disember 2012.. terima kasih Allah..

salam..

hari ini aku nak ucapkan.. terima kasih kat mak dan ayah  aku.. terima kasih banyak banyak,, kerana telah melahirkan aku...
terimakasih kerana telah mendidik aku.. terima kasih kerana telah menyusui aku..terima kasih kerana memberi pendidikan sehingga aku menjadi seperti hari ini,,, dan yang paling utama,  terima kasih allah kerana memberi nikmat islam.. sehingga aku sedar siapa diri aku di sisi mu ya allah..

Isnin, 17 Disember 2012

17 Disember 2012..... jom layan

Salam.

tuan tuan puan puan... selamat sejahtera semua.. semoaga mendapat rahmat dan lindungan dr Allah.

kata pembuka cerita aku pagi ni.. aku nak sampaikan pesanan utk diri aku sendiri dan sahabat semua..
ini perkara yang aku dpt dlm kuliah margrib hari sabtu lepas... berkenaan tujuan kita dijadikan.., apa tugas kita.. apa tanggungjawab kita yang sebenar .. kenapa kita dijadikan utk hidup di dunia..
 harap kata kata allah ini kita dpt paham.. sungguh mudah..

Jumaat, 14 Disember 2012

14 Disember 2012.. Apa apa pon boleh.. layan.. zaazzz

salam jumaat..
ya jumaat datang lagi.. sekejap sahaja dah cukup seminggu,,,
macamna ni.. macam tak cukup masa... semua benda nak dibuat.. ayyooo..
ape la aku ni.. semua dunia la.. dunia .. dunia... ahh lupakan..
syaitan selalu mengajak kita lupa kan akhirat... lalai sungguh aku ni,,

hari ni aku nak mengajak.. sahabat2 semua.. mari kita bersedekah.. lebih lebih lagi..hari ini hari jumaat..

Khamis, 13 Disember 2012

13 Disember 2012... kabooom....runtuh

salam...

selawat dan salam atas junjungan nabi muhammad saw...
terima kasih allah,,,,

sesi santapan rohani kita hari ini adalah,,,, pengajaran dari hadis ini.. bagi aku cukup bermakna,,
ini berkenaan zuriat kita,, apa perancangan kita utk memastikan kesinambungan iman dan islam dalam diri anak anak kita semua,..

Rabu, 12 Disember 2012

12 Disember 2012... jualan borong.. mari mari

Salam...

semalam.. cpo masih bergerak dlm range 2320-2384... tak lepas mana mana arah...
tp kalau tengok kepada carta 30 minit... semalam petang pukul 3.. cpo ada buat gap ke bawah..
mata aku tengok masa tu macam dah boleh masuk sell...

Selasa, 11 Disember 2012

11 Disember 2012.... cuti cuti fcpo

salam...
hari ni byk betol cuti jatuh pada hari ini..nak aku senaraikan ke
hari ini adalah hari cuti.... sempena.... cuti sekolah.. cuti hari kelahiran sultan selangor...cuti antar anak ke sekolah.. cuti dari pergi kenduri kahwin.. cuti datang bulan... cuti bersalin..
dan yang terbaek.. cuti dari trade fcpo....huhuhu

dari buat sakit mata tgk cpo yg tak tau arah tu.. apakata.. aku instiharkan hari ini hari cuti umum utk trader.. jadi.. bawakl la keluarga keluar jalan jalan.. makan angin.. makan asap... makan apa 2 yg selera...

Isnin, 10 Disember 2012

10 Dec 2012.... Jualan Mega?????

salam
hari isnin datang lagi...selamat dan salam buat sahabat,.. kawan kawan.. pembaca,... semua.. saudara seislam ku semua.. saudara dari leluhur adam dan hawa...

bangunlah semua.. jangan lagi leka dengan permainan dunia.... ingat la,, allah telah berfirman yang bermaksud, .. tidak aku jadi kan jin dan manusia, selain untuk beribadah kepadaku...

Jumaat, 7 Disember 2012

7 Dec 2012..Kelabu asap mataku

salam...
hari jumaat datang lagi... alhamdulillah... byknye nak di buat hari ini..
baca yasin sudah...mandi jumaat sudah.. solat subuh sudah... nanti lkarang solat jumaat pulak..huhuhu

hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.

Khamis, 6 Disember 2012

6 dec 2012. bayang hitam kembali lagi.

salam..

semalam fcpo bergerak cantek je ke bawah.. candle semalam masih merah...adakah cpo  masih ada tenaga nak turun.. ini jadi kemuskilan aku...ada perasaan tak sedap ni...

pagi ni kul 7.. buka carta soya.. tgk penutup tadi up96.. ayoyoo...
penin penin... soya ni tak henti henti naik aje...
apa kesan kat fcpo ari ni.. hrap tak la gap up sgt...

Rabu, 5 Disember 2012

5 Dec 2012 kasi hembus api wahai naga merah

salam..

selamat siang dong... hari aku nak mengajak kearah kebenaran.. utk diri aku dan pembaca semua..
amik teladan dari hadis ini ya... sesungguh nya begitu ramai syaitan samada boleh dilihat atau tidak boleh dilihat berkeliaran mengajak kita kearah jalan mungkar...

Selasa, 4 Disember 2012

4 Nov 2012.. Ho ho ho baik punye naga merah

salam..

kita mulakan hari ini dengan membaca hadis ini... berkenaan kaya wang dan kaya ilmu.. rupa rupanya nabi dah bagi panduan kat kita... yang mana satu jadi kepentingan utama,.. kaya harta tak semesti nya hati senang... kaya ilmu... kita akan sentiasa ada pilihan bila menghadapi sebarang masalah..yang penting sekali.. perlu diungati bahawa duit bukan penyelesaian kepada semua masalah kita....

Isnin, 3 Disember 2012

Disember 2012 & 2013.. Oh Si Naga merah.

salam..

hujung minggu lps... aku terbaca info pasal si dorab mistri... si tukang kecoh kat konferen bali... buat cerita pasal pergerakan harga fcpo berdasarkan fundamental.. jangkaan stok.. jangkaan ekspot..sistem cukai... dan byk lagi spekulasi yang suka suka dia je..
aku pon tak paham satu.. apsal la.. si mamat ni jadi power sgt.. kenapa la market nak dengar sgt air liur basi dia ni....