Jumaat, 28 Disember 2012

28 Disember 2012... selamat tutup pintu 2012

salam. semua...

hari ini jumaat lagi.... dan hari kedua terakhir sebelum fcpo menutup tirai 2012....
sebelum aku cite pasal fcpo.. aku nak kongsi pasal sunnah nabi sikit.. untuk panduan kita semua
ni aku senaraikan...


7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


semalam,, aku takde buat analisis... hehhehe,,, saje je,,,
tahniah aku ucapkan sapa yang ikut aku punye analisis,... dan semalam sape yang buy... tahniah.. dapat bonus hujung tahun,,,
aku pulak,, masih hold posisi long aku kat 2428... ni aku masuk dari isnin lagi...
hari ini ,,, aku nak tutup posisi,, rasanya.., dah sampai masa menutup tirai bulan disember ni,,,

utk analisis





kalau tgk carta tf30 ni.. resistan kat 2485 ... semalam harga tutup sekitar resistan ini.. sepatutnya.. ni tempat utk amik profit,,

 tf daily
ema20.. harga atas garisan
candle.. tcpro ckp,,, ni continue candle,, ada peluang nak naik tu maknanya
chart pattern yg aku lukis tu namanya rising wedges.. aku lupa nak bagi tau dlm post sebelum,., semua tu tanda nak naik la,, anyway dah naik pon.. tahniah,,,samakan,,


sentimen
soya ..masa BMD tutup dia up41tik, tutup mlm td up 9 tik...
kalu tgk kat carta.. aku feel macam ada momentum nak naik lagi.. ada la tenaga sikit ,, tp malas nak amik tahu dah,, minggu depan cite lain,,,

utk eksport,, takde data minggu ni,, kena tunggu 10hb jan,, utk MPOB,, ni akan beri kesan besar kat fcpo,, apa arah bulan januari ni,,, adakah mau naik sampai 2600 atau turun balik,,,, ke 2300.. seterusnya 2000...


apa yang aku nak buat hari ni,,,
aku mahu tutup posisi long aku aje.. janji untung....

selamat semua...

2 ulasan:

  1. salam tuan. boleh share camna tuan punya MM, SL, TP?

    BalasPadam
  2. insya allah.. saya akan kongsi dalam artikel akan datang..

    BalasPadam