Jumaat, 7 Disember 2012

7 Dec 2012..Kelabu asap mataku

salam...
hari jumaat datang lagi... alhamdulillah... byknye nak di buat hari ini..
baca yasin sudah...mandi jumaat sudah.. solat subuh sudah... nanti lkarang solat jumaat pulak..huhuhu

hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.


Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)

owhh sedap nye .kalau hari jumaat ni hari cuti.. boleh bersantai santai sebelum ke masjid..jom balik kelate... konpem jumaat cuti..

semalam. cpo bergerak seperti dijangka,. masih dlm range hari rabu... sebijik sahaja...
2320-2280..... dan nampaknya soya tu syok sendiri.. tak boleh nak mempengaruhi harga cpo...
apakah rahsia sebalik peristiwa ini..
adakah jumlah stok yang akan diumumkan hari isnin ini pecah rekod.?
 adakah kadar ekspot terlalu teruk sampai tak membantu kurangkan jumlah stok?...
adaklah kadar pengeluaran pada bulan november ini terlalu aktif..?
semua bermain main di pikiran aku ini... .. ahhh mana dejavu aku,,,, mai sini sat..aku nak tanye..

kalau tgk carta pulak..
fibo FR75 .. jadi support.. kuat jugak ni.. 2284
candle.. software ni jadi hijau pulak.. kalu tgk kat osk188... merah.. ahhh lantak la.. yang penting aku kena sedia... lepas mana mana border.. baru beraksi.. apa aksi mahu buat.. aksi terjunam gaung atau aksi lompatan super...si baja hitam...

jadi,, selamat menunggu dengan sabar iye....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan