Rabu, 7 November 2012

Sesi Bertalaqi : engkau masuk, aku masuk

aku skang pikir nak buka sesi bertalaqi.. atau pun bahasa mudah.. sesi soal.jawab..
 tp soalan aku yg buat.. dan jawapan pon aku jugak yang kasi.. huhuhu..
 giler kuasa gak aku ni.. jawapan.aku lebih kepada pengalaman aku la.. takde dlm buku teks pon..
ini sejarah lalu punye cite.. kalau nak dengar boleh
... tak nak dengar pon tak ape..
takde sape sape pon yang rugi.. cuma aku je penat taip kat dlm ni,

korang pernah dengar pasal kata kata diatas ...
kalau dikalangan newbies.. benda ni akan jadi rutin..
lebih lebih lagi kalau ada kawan yang dah lama dalam trading ..
ayat slalu didengar..
' tolong la bro... aku tak biasa.. kalu ko masuk.. kasi tau la.. aku follow.. lepas tu boleh la aku belajar"

kalau kawan tu baik.. dia tak bagi buat cam tu..
kalu dia bagi gak.. makna nya dia pon tak bagusla..

bagi aku .. lebih baik kite bagi pancing dari bagi ikan..
kalau ada pancing.. bile bile boleh guna..
kalu hari hari kasi ikan.. naik lemak la..

sebenarnya benda ni ada pro dan con..
dlm bahasa kite ada yang baik dan ada yang buruk..

aku senaraikan yang buruk sahaja ye.. sebab aku tak mengalakkan sikap seperti ini..

1.
 newbie tak kan belajar dari pengalaman sendiri.. sebab fcpo ni kena asah skil sendiri.. yang penting ada asas sahaja.. jurus jurus maut boleh cipta sendiri

2.
 newbie takkan tahu had risiko kawan yg ditiru.. lain org lain had pengurusan capital/risiko.. dlm mat saleh. 'money management' .. benda ni yg terpenting sekali dlm mana mana aktiviti.. .trading. bisnes..
cth. kalau org tu biasa masuk overnight.. mungkin dia boleh tahan sampai 40pts lawan .. klu newbie dgn modal kecil.. tak mampu nak tahan sampai gitu.. mungkin 10pts dah patut keluar..

3.
newbies boleh menganggu analisis org yg ditiru itu,  .. tak paham bagaimana..
ini adalah kerana. kekerapan newbie bertanya akan menyebabkan ganguan emosi dan krisis keyakinan kepada org yg ditiru itu.. soalan2 tersebut seaakan menyebab trading goyah.. dan cepat utk keluar .. padahal apa yg dia buat itu dah betol. cuma tunggu masa sahaja utk ambil untung..

4.
para newbie takkan belajar dari kesilapan.. dlm fcpo.. silap itu penting.. kerana silap itu akan memperbaiki tahap / gaya analisis nye. seterusnya menemui cara utk mengatasi nya..
jika newbie hanya membaca teknikal .. dr buku.. internet.. dan belom sebati ngn tindakan.. maka kerugian hanya akan menimpa diri sendiri..

5.
dlm fcpo.. tiada master.. tiada murid..
walaupon seseorg itu dah trade lama. tak semestinya analisis dia tepat.. kemungkinan utk rugi tetap ada..
dan utung ini adalah rezeki.. mungkin org yg baru trade itu akan lebih berjaya dr org lama.. kemungkinan itu tetap ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan