( intraday sahaja)
Tujuan
Tujuan utama teknik ini adalah untuk mengenal pasti
petanda-petanda perubahan arah pergerakan harga samada menaik atau menurun.
Petanda-petanda ini boleh digunakan untuk memasuki pasaran bersesuaian dengan
arah baru yang ditunjukkan dalam carta.
Makna
Teknik ini merupakan teknik pemerhatian terhadap pergerakan
harga FCPO dalam bentuk paparan carta CANDLE STICK. Kaedah Pemerhatian ini dilakukan
dari satu Candle ke Candle seterusnya. Ini seperti kaedah kita membaca, ia mestilah
dari baris ke baris, huruf ke huruf, suku ke suku. Kaedah yang sama juga
digunakan dalam teknik ini. Pemerhatian hendaklah berterusan secara langsung
dengan pergerakan harga lani ( live) antara satu candle ke candle yang lain. Setiap
pemerhatian adalah dalam bentuk tiga candle yang berturutan.
Syarat asas
1. Candle rujukan mestilah di tandakan pada
mana-mana candle yang terpilih. Candle ini dinamakan candle No 1.
2.
Penanda aras hendaklah ditentukan berdasarkan
aras tertinggi dan aras terendah merujuk kepada candle rujukan
3.
Candle no 2 adalah candle seterusnya yang
terbentuk selepas candle no 1 dipilih. Harga penutup bagi candle no 2 mestilah
sama atau melepasi harga penanda aras.
4.
Candle no 3 adalah candle yang terbentuk selepas
candle no 2. Candle ini akan digunakan untuk memasuki pasaran. Harga buka
candle no 3 mestilah melepasi penanda aras atau sekurang-kurangnya berada atas
pada harga purata. {harga purata =( harga tertingi penanda aras – harga terendah
penanda aras ) bahagi 2 ).
5.
Titik masuk pasaran adalah apabila harga di
candle No 3 melepasi harga penanda aras.
6.
Titik had rugi ( SL) adalah harga terendah
candle no 1 jika jangkaan trend menaik atau harga tertinggi candle no 1 jika
jangkaan trend menurun.
7.
Focus titik untung adalah dalam jangkaan 5
hingga 10 mata. Satu mata bersamaan rm25.
Syarat terbatal
1. Candle no 2 dan no 3 bergerak dalam range
high-low candle no 1.
Tindakan jika syarat terbatal
Pindahkan candle no 1 kepada candle seterusnya. Ini
kerana pemerhatian adalah berterusan.
Elakkan jika
1.
Dilarang memasuki pasaran semasa 10 minit
pertama pasaran dibuka pada pukul 10.30 pagi.
ini kerana keadaan pasaran masih tidak menentu akibat dipengaruhi
sentiment minyak soya sewaktu di tutup pada malam tersebut.
Bantuan Indikator
Teknik ini tidak memerlukan gabungan dari indicator lain. Pengunaan
adalah semata mata dari pembentukan candle stick.
Jika trader merasakan ia perlu digabungkan dengan indi lain,
itu adalah keputusan trader sendiri.
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu,moga tuan mndapat ganjaran dr Allah,amin.
BalasPadamsaya harap tuan dapat memahami teori diatas dan mempraktikkannya jika bersesuai dengan cara trading tuan.
Padamsaya skrg cuba memahami dgn lebih tepat teori tuan,dan mpraktikkan 'on paper'. harap saya dpt mahir dgn cepat teori ini InsyaAllah.
BalasPadaminsya allah. saya doakan mudah mudahan berjaya
BalasPadamSyarat asas
BalasPadam1.Candle rujukan mestilah di tandakan pada mana-mana candle yang terpilih. Candle ini dinamakan candle No 1.
2.Penanda aras hendaklah ditentukan berdasarkan aras tertinggi dan aras terendah merujuk kepada candle rujukan
"apa maksud penanda aras ye tuan?"