Selasa, 15 Januari 2013

candle 123 masyuk - satu teori mudah


( intraday sahaja)

Tujuan

Tujuan utama teknik ini adalah untuk mengenal pasti petanda-petanda perubahan arah pergerakan harga samada menaik atau menurun. Petanda-petanda ini boleh digunakan untuk memasuki pasaran bersesuaian dengan arah baru yang ditunjukkan dalam carta.


Makna

Teknik ini merupakan teknik pemerhatian terhadap pergerakan harga FCPO dalam bentuk paparan carta CANDLE STICK. Kaedah Pemerhatian ini dilakukan dari satu Candle ke Candle seterusnya. Ini seperti kaedah kita membaca, ia mestilah dari baris ke baris, huruf ke huruf, suku ke suku. Kaedah yang sama juga digunakan dalam teknik ini. Pemerhatian hendaklah berterusan secara langsung dengan pergerakan harga lani ( live) antara satu candle ke candle yang lain. Setiap pemerhatian adalah dalam bentuk tiga candle yang berturutan.

Syarat asas

1.     Candle rujukan mestilah di tandakan pada mana-mana candle yang terpilih. Candle ini dinamakan candle No 1.
2.       Penanda aras hendaklah ditentukan berdasarkan aras tertinggi dan aras terendah merujuk kepada candle rujukan
3.       Candle no 2 adalah candle seterusnya yang terbentuk selepas candle no 1 dipilih. Harga penutup bagi candle no 2 mestilah sama atau melepasi harga penanda aras.
4.       Candle no 3 adalah candle yang terbentuk selepas candle no 2. Candle ini akan digunakan untuk memasuki pasaran. Harga buka candle no 3 mestilah melepasi penanda aras atau sekurang-kurangnya berada atas pada harga purata. {harga purata =( harga tertingi penanda aras – harga terendah penanda aras ) bahagi 2 ).
5.       Titik masuk pasaran adalah apabila harga di candle No 3 melepasi harga penanda aras.
6.       Titik had rugi ( SL) adalah harga terendah candle no 1 jika jangkaan trend menaik atau harga tertinggi candle no 1 jika jangkaan trend menurun.
7.       Focus titik untung adalah dalam jangkaan 5 hingga 10 mata. Satu mata bersamaan rm25.

Syarat terbatal

1.      Candle no 2 dan no 3 bergerak dalam range high-low candle no 1.

Tindakan jika syarat terbatal

Pindahkan candle no 1 kepada candle seterusnya. Ini kerana pemerhatian adalah berterusan.

Elakkan jika

1.       Dilarang memasuki pasaran semasa 10 minit pertama pasaran dibuka pada pukul 10.30 pagi.  ini kerana keadaan pasaran masih tidak menentu akibat dipengaruhi sentiment minyak soya sewaktu di tutup pada malam tersebut.

Bantuan Indikator

Teknik ini tidak memerlukan gabungan dari indicator lain. Pengunaan adalah semata mata dari pembentukan candle stick.

Jika trader merasakan ia perlu digabungkan dengan indi lain, itu adalah keputusan trader sendiri.

contoh 



5 ulasan:

  1. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu,moga tuan mndapat ganjaran dr Allah,amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya harap tuan dapat memahami teori diatas dan mempraktikkannya jika bersesuai dengan cara trading tuan.

      Padam
  2. saya skrg cuba memahami dgn lebih tepat teori tuan,dan mpraktikkan 'on paper'. harap saya dpt mahir dgn cepat teori ini InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. insya allah. saya doakan mudah mudahan berjaya

    BalasPadam
  4. Syarat asas

    1.Candle rujukan mestilah di tandakan pada mana-mana candle yang terpilih. Candle ini dinamakan candle No 1.
    2.Penanda aras hendaklah ditentukan berdasarkan aras tertinggi dan aras terendah merujuk kepada candle rujukan

    "apa maksud penanda aras ye tuan?"

    BalasPadam